Thursday, 9 July 2015

6 Days before Back For Good

29th June 2015
The photo I love most while at St. Petersburg, Russia.

Assalamualaikum
dan salam sejahtera...

Siapa perasan? Blog ni dah berubah wajah! Heee. Suka sangat. Teringin nak blog yang simple and sweet, setelah lama dengan design yang girlish sebelum ini. Maklumlah, dah dewasa. Dah graduasi. Jadi, buat keputusan untuk tukar design baru. Dah lama dah bookmark blog adik sorang ni untuk minta tolong editkan, tapi semalam baru ada kesempatan untuk minta tolong. 

Kalau ada sesiapa nak minta design blog baru, boleh minta adik Mastura Aziz untuk designkan. Tak sangka, dalam sehari je dah siap semua. Ingatkan dapat lepas raya, tapi sebab adik ni tengah cuti, dapat terus bila dah design. Kalau yang banyak kerenah macam saya ni, pun adik ni layan je. Jadi, highly recomended. 

Life in Nizhny Novgorod
Sekarang semua pelajar tengah countdown hari untuk tinggalkan Russia. Bumi penuh pengalaman dan sejarah dan pelbagai kisah. Untuk saya, ada tepat lima hari sebelum tinggalkan bilik ini. Barang tengah nak kemas-kemas. Nak pek dua kotak lagi sebelum pulang. Banyak betul barang yang dihantar. Kalau campur-campur semua, dah 5 kotak 10 kg dihantar ke Malaysia. Serius! 50kg - Berat seorang manusia dah tu.

Petang tadi sempat berjumpa dengan Lecturer Traumatology - Anton. Dia ni surgeon hebat jugak la. Baru lepas habis tiga operations, terus minta jumpa. Jumpa tak sampai lima minit pun. Bukan nak kata apalah, tapi dah la memang ada sikit crush dengan cikgu ni, tiba-tiba cikgu nak jumpa. Berdebar jugak, tapi cikgu nak bagi hadiah graduation je. Dia bagi Russian scarf yang 100% wool untuk kenangan bila balik Malaysia nanti. Tenkiu cikgu! 


Pastu cikgu nak ajak makan, tapi sorri cikgu, saya puasa. Heee. Oke, korang jangan pikir bukan-bukan oke, sebab cikgu ni dah kawin dah pun. Cuma dia terhutang budi tolong dia hari tu nak beli barang. Entahla, Russian memang gentleman kot. Memang style mereka macam tu untuk membalas budi. Harap jumpa bakal suami yang gentleman. 

Hari ni pun ada iftar dengan ahli groupmates, tapi Awies dan kawan-kawan yang masak. Mereka masak makanan style Kenya campur Maldives. Sedap! Tapi entah kenapa, makin nak balik, makin senang nak touching. Rasa macam tak nak share apa-apa dekat insta dah. Sedap je diorang bercakap, tanpa tahu pun dah guriskan hati orang. Yup, it hurts deeply. So, the solution is to share everything in my small blog. Here, people dont judge.  

Cakap pasal tinggal beberapa hari lagi sebelum back for good, teringat satu gambar kat bawah ni yang dah lama dah screenshot duduk dalam henfon. 

And the biggest regret in one life is not knowing the answer to the question - 'What if'.
So, don't be afraid to ask. 

That's all for now 
Thank you for readin'
-Schajar Mcflurry-

13 comments:

  1. Sistah, Safe journey yea bila nak balik malaysia nanti. kat sini tengah musim durian, nanti boleh melantak banyak2. heheeee
    Kalau dapat lecturer macam ni, memang tak focus ah dalam kelas. sebab dok pandang muka dia je. *joke*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh my, durian memang favourite buah! Sedap sangatt!

      Delete
  2. sweetnya lecturer tuuu. hihi

    ReplyDelete
  3. tahniah da grad!

    gud luck in ur future hajar...yg penting never ever give up :)

    muda nauu cikgu2 russian...huuu rindu rusia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak yus! takutnya nak mula kerja dah. huhu. Life as student is the best :)

      Delete
  4. Hajarrr, sikit jugak ea barang pos balik tuu. Ikut pengalaman tgk senior2 dulu, berkotak2 yg berat 30kg :D haha. Ada yg siap bawak balik basikal, sentimental punya pasal.

    p/s - cantik jugak combination pink & kuning eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serious? Okay. Sekarang tak rasa over sangat. Tapi kan hanis, sini kotak hantar balik msia ikut kilo, jadi, quite expensive jugak sebenarnya. Maybe kat sana ikut kontena kot. saiz kotak i mean.

      Delete
    2. Haah, betul jugak, by kontena:D rasanya diorg set up utk hantar ramai2, for tiga2 lokaliti kat sini :D

      Delete
  5. Oh yeee, I do agree yg share in the blog lagi tenang. Hehe. Sbb people here, instead of judging, most of times they give suggestions :) I love that :)

    ReplyDelete
  6. Cantiknya gambar Hajar yang first tu! You look great in blue :D

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^