Saturday, 11 July 2015

4 Days before Back For Good

10th July 2015
On the cruise across Oka and Volga River.
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sekarang jam 3.26 pagi. Hari ni lambat sikit update belog sebab banyak aktiviti di malam hari. Selalu jam 12 malam dah rehat dan settle down, tapi kali ni balik kedai kopi pun dah nak pukul 12 malam. Macam Cinderella la pulak kena balik sebelum tengah semalam. Oke, tak tahu merepek apa benda pagi-pagi ni. 
Okay. Hari ni agak penuh juga la sebenarnya, tapi tak pernah penat sebab setiap aktiviti macam worth every second. Pagi-pagi bangun, pegi beli kotak dekat pejabat pos, dan dalam perjalanan balik, sempat singgah dekat kedai yang jual alatan medik. Beli satu stetoskop hijau brand Little doctor - Double tube. Memang dah lama sangat target nak beli, cuma kali ni baru ada rezeki dapat beli. Agak murah jugak sebenarnya dalam 700 Ruble (RM50) berbanding dengan Malaysia. 
Untuk sampai ke tempat cruise ferry, perlu turun tangga Chakalov yang ada 400 anak tangga ini. Tempat beli tiket dekat bawah tu. 
Our boat! Kami memang nak duduk paling depan tu untuk feeling titanic sikit. 
Bila tengahari, macam pening sikit. Nak pegi naik cruise ride sekitar Nizhny atau nak pergi main dekat park depan hostel sebab ramalan cuaca kebanyakan tulis hujan. Tapi petang nanti ada sesi buka puasa bersama pegawai Mara, ingat nak keluar terus sekali. Banyak kali juga tukar plan. Akhirnya buat keputusan untuk pergi naik cruise-ferry ride. 
Alhamdulillah sangat. Cuaca sangat mengizinkan walaupun jam 2.40 petang macam tu, hujan agak lebat. Adila pun dah mesej, betul ke nak pegi naik cruise dengan cuaca macam ni. Tengok jam 3.40 petang, tak hujan dah. Jadi, terus buat keputusan untuk keluar sama-sama. 
Total - empat orang sahaja. Saya, Adila, Farahin dan Esya. Walaupun dah enam tahun duduk dekat Nizhny, ini merupakan kali pertama kami naik cruise ni. Sempat jugak buat bucket list sementara dekat Nizhny. Tapi melampau sangat, naik cruise dekat St Petersburg dahulu sebelum kat bandar sendiri. 
Cruise Natalia. Jadual adalah setiap jam dan berharga 250 Ruble (RM18) untuk tempoh perjalanan selama sejam setengah. Agak lama dan memang berbaloi. Dapat tengok pemandangan yang cantik sangat dari dalam bot. Kremblin tu dapat dilihat dari arah cruise kami. Sungguh puas! Oke, jom tengok gambar yang banyak. 
Farahin and I along the riverside. We sat on the most front row. Beautiful!
Bangunan yang terletak di seberang river bank. Banyak sangat bisnes cruise yang dia buat. 
Spot the cable car just above us. It was a very nice cruise-ferry ride. 
With Adila Ismail. Thank you for bearing with me for the pass few years.
Kalau siapa nampak, dari sini boleh nampak kremblin  - kota dan kubu pertahanan yang dibina sejak zaman dahulu.
After the cruise ride. Kapal Hero yang terdampar di atas pantai. Beautiful moment!
Tangga Shakalov yang berbentuk '8'. Kena turun tangga ni sebelum sampai ke tempat ambil cruise.
Sebenarnya, decide untuk pergi naik cruise hari ni sebab ada perjumpaan dengan pegawai Mara jam 7 malam di restoran Tubeteka untuk berbuka puasa bersama. Perjumpaan kali terakhir dengan En. Saifuddin. Dia nak passkan elaun tamat pengajian dan segala bentuk claim terakhir untuk semua pelajar Mara. Heee. Seronokla. Dapat duit untuk kali terakhir. 
Lepas tu, terasa macam nak habiskan sisa-sisa masa terakhir dengan bathcmates sendiri. Pergilah kedai Coffeeshop Company dekat Minina. Baru nak cuba semua restoran dan kafe dekat Nizhny ni. Cuba mana yang sempat aje lah. Masa sangat limited sekarang. Duduk sampai jam 11.30 malam. Berborak dengan gembiranya. Dah habes examla katanya. Thanx for the company gurls! 
Enjoying the last moment together. Kalau dengar gelak kuat-kuat kat kedai tu, kami la tu. 
Last meeting with En. Saifuddin, pegawai Mara berkhidmat di russia. 
My Snickers shake. Manis giler! Sugar rush sepanjang malam.

That's all for now
Thank you for reading
-Schajar Mcflurry-

No comments:

Post a Comment

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^