Monday, 13 July 2015

3 Days before Back for Good

11th July 2015
Park Shvetsari, Nizhny Novgorod

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Time is so limited right now. Semalam tak sempat nak update aktiviti harian sebab mengantuk dan penat sangat. Tapi semua ni memori yang perlu direkod. Sangat perlu sebagai rujukan di masa hadapan. Memori yang akan dirindui selamanya. 
Oh. Tak sangka, ade jugak silent reader blog ni. Ingatkan syok sendiri tulis tentang Nizhny tanpa ada kawan-kawan Nizhny yang baca. Selamat membaca, but keep it as a secret. Sometimes, its quite personal the content of this blog. Hope you understand. 
Berbalik semula, lets get to the point. Kelmarin, cuaca mendung lagi, tapi tak hujan berterusan macam hari ini. Jadi, boleh la buat keputusan untuk naik cable car dengan kawan-kawan. Kali ni keluar dengan Ihsan, Adila dan Farahin. Terima kasih sudi teman. Cable car ni terletak di sebelah masjid. Salah satu masjid di Nizhny. Sekarang tengah renovate. Baru sedar, lama sangat tak mengunjungi masjid ni. 
 Masjid di Nizhny Novgorod
 Tempat berbuka puasa di sini. Makanan disediakan oleh pihak masjid. Belum ada kesempatan untuk solat dan makan di sini. 
Selepas berhenti sebentar untuk masuk ke masjid, kami pergi ke tempat cable car. Hurm. Barisan panjang sangat, macam ular yang berlingkar. Agak lama juga masa yang diambil untuk naik cable car. Akhirnya, disebabkan masa yang agak limited, kami bercadang untuk pulang begitu sahaja. 
Agak kecewa juga tak dapat nak naik cable car untuk kali terakhir. Takde rezeki mungkin. Rezeki naik cable car Langkawi nanti mungkin. Heee. Tapi sempat la bergambar satu dua sebelum pulang. Sempat juga beli Musical St basil cathedral dekat sini yang special ada tulis Nizhny Novgorod. Rezeki dekat situ mungkin. 
 Sempat la bergambar dekat cable car ni sebelum pakcik penjaga tu halau kami semua. Sadis.
 Tengok line tu. Tak larat nak beratur panjang sangat. 
Petang pula, dah janji dengan Farahin dan Esya untuk main dekat Extreme park Nizhny. Eh tipu! Tak la sebesar Extreme park kat Penang, tapi cukupla hanya secebis extreme untuk kami bertiga. Dekat sini ada dua peringkat - kanak-kanak dan dewasa. Waktu mula-mula tengok, macam tak percaya apa yang kami akan buat.
Esya dan Farahin agak reluctant untuk ambil jalan orang dewasa di bahagian atas. Saya pula jenis yang suka mencuba benda baru. Kalau rasa benda tu tak boleh nak dibuat, lagi la rasa nak buktikan yang kita boleh buat. Persistent. Kadang-kadang degil jugak. Heee. Sebab anak ketiga kot. Jadi, kami bercandang untuk lihat dahulu orang sebelum kami bermain. 
Cabaran paling susah untuk kami sewaktu rock climbing. Batu yang diletakkan agak jauh dari satu sama lain. Jadi, nak mencapai tu, hanya Tuhan yang tahu. Ada sekali tu kena bergantung seluruh berat pada tali yang dipegang sebab kaki tak sampai nak letak pada batu di bawah. Waktu tu, ocen ustala (sungguh penat)! 
Cabaran dewasa di bahagian atas. Kanak-kanak di bahagian bawah. 
Jambatan buaian itu pun agak sukar! Serius. Seram je bila berhayun atas tu.  
 Level kanak-kanak. Semua keselamatan disediakan.
Oh. Lupa nak cakap tentang harga. Seorang dalam 300 ruble (RM24) untuk habiskan kesemua dalam 10 cabaran. Masa untuk habiskan adalah mengikut individu tertentu. Keseluruhan, rasa sangat berbaloi sebab after effect tu best sangat. Dari rasa tak boleh buat, kepada rasa boleh takhluki dunia! Haha. Over. Tapi memang best sangat. 
Untuk kami bertiga, ada seorang abang ni bantu kami sepanjang perjalanan. Ajar kami macam mana nak lepas setiap cabaran. Seorang lagi abang tolong ambilkan gambar kami sepanjang permainan. Oke. Banyak sangat gambar yang abang tu ambil sampai seratus lebih. Puas jugak. Video waktu flying fox pun dia ambil untuk setiap orang! Thank you.
Oke. Kena limitkan masa untuk berblogging sebab esok tinggal 24 jam terakhir di Nizhny. Letak gambar kat bawah untuk ceritakan segala pengalaman di sini. 
 Muka serius dengar taklimat dan cuak nak naik atas tu. Serious ke nak naik benda ni?  
 Cabaran paling susah untuk kami bertiga. Kalau dalam gambar ni, nampak kami bertiga. Yin tengah tunggu giliran, Esya tengah struggle dekat belakang, saya tengah bertahan. Yosh!
 Spot me and Farahin! Sempat sampai ke pit stop dengan gumbiranya.
Terima kasih abang baik hati untuk guide kami selama 45 minit dari mula hingga akhir.
That's all for now
Thank you for reading
-Schajar Mcflurry-

8 comments:

  1. nak backlink free ? sila tinggalkan link di page BLOG SYIRA LOKMAN :D

    ReplyDelete
  2. alamak, anak ketiga ni memang degil ke? T_T rock climbing tu memang ikat dgn tali je keee? :O

    ReplyDelete
  3. Kalau sayalah, fikir 2-3 kali juga sebelum nak buat benda ni.

    ReplyDelete
  4. Suka aktiviti mcm ni, tapi susah nak dapat peluang nak buat.
    Wah, blog baru nampak. Nice😃
    Dan selamat hari raya aidilfitri

    ReplyDelete
  5. WAHHHH DAH PASS EH???

    TAHNIAH!!!! and best wishes for your future.'

    and belated selamat hari raya haha.

    ReplyDelete
  6. wehhh template baru hokeyy. cantik okeyy cantikkkk! lepas submit dissertation nak tukar template jugakkk hahahahaha *fine tengah gilaaa sorang2 huwaaaa

    ReplyDelete
  7. wahhh bestnya hajar... kita byk kali plan nk gi benda cmnie, xdpt2 lgi nk gi.... :D hihihihi

    ReplyDelete

Kalau ada salah silap, Jangan segan silu untuk tegur.
Kalau ada terkasar bahasa, Ampun maaf di pinta.
Saya juga manusia biasa seperti anda.
^_^